Thursday, April 30, 2009

Rupanya aku bukan sorang~

"Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat
menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat
musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena
hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu."

Hari ini ada yg tegur aku nampak happy..Aduh..happy??Dlm hati aku hanya Tuhan aje yg tau...Sakitnye bila aku telan semua ni. Tp xperla, kalau org bahagia dgn apa yg aku kene rasa, aku rela. Cuma, mungkin sekali sekala aku xlarat nk pikul. Aku cuma manusia biasa. Yang masih waras akalnya. Yang imannya cuma setipis kulit bawang. Thanks Maytem n Intanku..Alhamdulillah..berjaya sudah kamu didalam MSc korang..Tinggal aku aje yg masih didlm kegelapan..InsyaAllah..aku juga akan berjaya..Amin
Astaghfirullah....

Wednesday, April 29, 2009

Nukilan dari org penulis yg takder pengalaman menulis novel -Chapter 1-


Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap yg buruk, lemah dan keji dtg dr aku sendiri..insan yg terlalu hina. Tangisan seorg hamba Allah membawa seribu makna. Suka, duka, takut & malu. Setiap kali air mata menitis, setiap kali itulah hati menjerit pedih. Susahnya menagih kasih yg ikhlas. Susahnya utk aku meminta peluang agar aku dikasihi. Tp, walaupun sesakit mana pun derita, aku terima. Air mata aku bukan mengalir sbb kecewa, atau sbb terluka. Tp sbb terhina dgn kehendak aku yg terlalu tinggi. Aku cuma bahagia sekejap. Hanya beberapa hari. 27 days to be exact. Its oke. All things dat happen, plz blame it on me. Even its so painful, but its also reminds me dat i will never have a chance to love and to be love.
Setiap hari yg berlalu, aku akan ingat apa yg berlaku. Aku akan sentiasa mengharapkan senyuman dari mereka yg aku syg. Mereka yg mewarnai hidup aku. Kebodohan aku, susah senang aku, aku harapkan dpt membahagiakan mereka. Knp aku sanggup pilih jln singkat ni? Soalan tu mudah. Jawapannya pun amat mudah. Aku adalah aku. Org yg bodoh. Org yg Tuhan berikan peluang kedua utk hidup. Tp aku berlagak. Lupa diri yg aku ini serba kekurangan. Apa yg aku ada? Aku tak punya apa-apa. Selain harapan dan doa utk kebahagian mereka yg aku sayang.
Yang aku tahu. Niat aku ikhlas. Tak ada sikit pun niat ingin mempermainkan org. Apatah lg utk merampas org. Aku kalah tatkala mendengar permintaan insan yg bergelar ibu. Kerana Ibu yg bersusah payah membesarkan dan apa hak aku utk merampas kebahagiaannya? Subhanallahh..Itulah yg aku ucap dlm hati. Sbb aku diberi peluang bahagia walaupun utk beberapa ketika. Tapi, Nauzubillah...itulah sj yg mampu aku ucapkan bila aku tidak mampu mempertahankan cinta yg berputik ini. Dalam hati, aku doakan agar Tuhan kuatkan imanku. Agar Tuhan bahagiakan dia dan keluarganya. Agar aku ini tidak lagi jd penghalang pd kebahagiaan mereka. Tapi...jauh disudut hati hamba Allah yg hina ini..aku mengharap secebis ihsanmu Ya Allah, agar aku juga utk merasa nikmatnya hidup.
Cuma, kali ini aku gagal berdiri. Hancur luluh rsnya hati ini. Sebelum ini aku tahu aku dikhianati, kemudian aku dipersalahkan dan kini aku sekali lagi tersentak..Ya Tuhan, bagaimana mungkin aku berdiri lagi..Bagaimana mungkin aku tabahkan hati? Kerana hambamu ini terlupa akan segala Kebesaran Hikmah Mu. Kerana aku alpa dlm kebahagiaan yg bukan milik aku. Aku terlupa, bahawa insan kerdil spt aku tidak layak berbahagia.
"Meeting you was fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you I had no control over. "

Hidup ini byk dugaan.

matahari

Tuesday, April 14, 2009

INDAHNYA HIDUP INI

"I will not die an unlived life. I will not live in fear of falling or catching fire. I choose to inhabit my days, to allow my living to open me, to make me less afraid, more accessible, to loosen my heart until it becomes a wing, a torch, a promise. I choose to risk my significance; to live so that which comes to me as seed goes to the next as blossom and that which comes to me as blossom, goes on as fruit."~ Dawna Markova

ASSALAMUALAIKUM...

Aku ni mmg selamba badak, tgk blog kwn2 seme update, tp aku mls giler. Skang br aku nk merajinkan diri aku.

Cameron Highland with memories..

Cameron Highland, tempat yg bg aku blh membawa ketenangan pd diri. Aku tahu, hidup ni kalo tensen2 sgt pun, tak bwk kemana. So, aku decide yg aku akan angkut seme org yg aku syg neh kesana one day. Cumanya, mungkin cara aku nih agak drastik kot sbb buat decision secara mengejut. Hari tu, aku hepi. Sbb aku tgk seme yg aku angkut nampak hepi2, nampak ceria.Alhamdulillah.Aku xnk bazirkan walau seminit pun peluang utk aku bersama dgn mereka yg mewarnai hidup aku ni.Ecewah...Jiwang..:P

Sepanjang hr, Intanku, Along, Wa n aku menghabiskan masa bersama.Bak kata org, menghabiskan our quality time together getherla...:) Mmg seronok, tgk senyum, gelak tawa depa, seyesly aku puas.Tp, akhirnya aku mengalah gak sbb aku tdo pkl 5am then, woke up at 10am, n then siap2, n ke Cameron.So, sampai Petronas Gopeng, aku surrender.Mintak Intanku drive..guhuk...Sori dear..
Tak ada apa yg lebih bernilai dlm hidup selain dpt tgk org disekeliling kita senyum. Kebahagiaan, kegembiraan, gelak tawa, semua itulah yg membuatkan aku rasa bahagia. Membuatkan aku terseyum sendiri. Aku senyum bukan sbb aku dh gembira. Tp, sbb aku bahagia. Bahagia tgk ank sedara aku, kwn2 aku, org lain disekeliling aku senyum n hepi. Lagipun, aku tahu, hidup ini hanya sementara. Kalau aku nk berbahagia, aku mesti bahagiakan dahulu org yg disekeliling aku. Mungkin prinsip aku salah. Tapi aku ttp nk ianya jd sebahagian hidup aku. Senyuman, gelak tawa org lain, pengubat yg plg mujarab kot. Tgk org lain hepi2, waaaa...terang benderang rasanya hari aku.

"Anyone can catch your eye, but it takes someone special to catch your heart."
Tuhan sj yg Maha Tahu betapa aku bersyukur sbb still ada peluang utk aku menyayanginya... :)Mungkin bg stengah org, setiap perbuatan, perasaan, semua perlu kita luahkan verbally..Tp bg aku, biar ianya didlm, tersorok, tersalah anggap mungki, tp biarlah ianya ttp didlm n biarlah tiada siapa tahu, tentang hati n perasaan ko sendiri. Mmg utk kita puaskan hati semua org, terlalu mustahil. Tp cukuplah kalau sekadar hanya aku yg tahu.




Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers